Hidroponik adalah kaedah bercucuk tanam dengan meletakkan akar pohon ke dalam air baja (nutrien) tanpa mengunakan tanah sebagai media menanam. Sebaliknya, bahan-bahan seperti bulu mineral, sabut kelapa, pasir, batu bata pecah, habuk kayu dan lain-lain digunakan untuk mengganti tanah.
Penanaman secara hidroponik dilakukan oleh individu-individu sebagai hobi dan juga secara besar-besaran untuk tujuan komersil. Di negara Singapura misalnya, oleh kerana kekurangan tanah, bumbung-bumbung bangunan dijadikan tempat untuk menanam sayur-sayuran seperti bak choy, sawi, kailan dan bayam. Semuanya menggunakan kaedah hidroponik. Begitu juga, untuk penerokaan angkasa lepas, angkasawan-angkasawan boleh bercucuk tanam sayur-sayuran di dalam kapal angkasa. Kaedah yang sama di gunakan oleh tentera-tentera di atas kapal perang, maupun kapal selam. Dengan cara ini mereka tidak perlu membawa bekalan makanan yang banyak, hanya sekadar membawa benih-benih sayur-sayuran dan boleh ditanam semasa dalam perjalanan.
Kelebihan
- Tidak memerlukan tanah sebagai media tanaman.
- Akar pokok boleh dipantau dengan cara mengangkat pasu dan melihat akarnya.
- Pembaziran baja tidak berlaku; kerana air baja sentiasa dikitar semula.
- Tidak perlu menyiram baja setiap hari.
- Hasil tanaman boleh di makan keseluruhanya, sebab akarnya bebas dari kotoran dan penyakit.
- Penyakit pokok tanaman dapat dikurangkan kerana banyak penyakit akar/pokok berpunca dari kandungan tanah.
- Pengusaha secara komersial tidak memerlukan tenaga pekerja utk tugasan menyiram.
0 komentar:
Posting Komentar